• Remaja Maut Ambil Kafien Berlebihan

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+

    MIAMI: Seorang remaja di Carolina Selatan maut dua jam selepas meminum kopi, kafein dan soda penambah tenaga, sekali gus mencetuskan amaran mengenai risiko pengambilan kafein berlebihan.

    Davis Allen Cripe meninggal dunia pada 26 April lalu akibat masalah jantung dipenuhi kafein yang menyebabkan aritimia, kata pejabat koroner Daerah Richland dalam kenyataan.

    Dua jam sebelum pengsan, Cripe meminum cafe latte, Diet Mountain Dew besar dan minuman tenaga. Koroner Daerah Richland, Gary Watts, semalam berkata kejadian seperti itu amat luar biasa.

    "Ia disebabkan tempoh masa beliau meminum sejumlah besar kafein yang memberi kesan kepada jantung," kata Watts kepada The Post and Courier, menambah Cripe pitam 15 minit selepas mengambil minuman bertenaga.

    Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat mencadangkan orang dewasa mengambil tidak lebih 400 miligram kafein sehari, yang bersamaan empat atau lima cawan kopi.

    "Ketika orang dewasa perlu berhati-hati dengan pengambilan kafein, penting bagi ibu bapa mengetahui risiko kepada kanak-kanak dan remaja yang mengambil kafein.

    "Ambil masa untuk memberitahu anak anda mengenai bahaya minuman berkafein," kata jurucakap Pusat Racun Palmetto, Jill Michels, dalam kenyataan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Remaja Maut Ambil Kafien Berlebihan "