• Remaja Ditahan Salah Guna Dadah Di Miri

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+

    MIRI: Seorang remaja berusia 20 tahun berasal dari Tanjung Tepalit, Baram ditahan dalam satu serbuan di Tudan dekat sini pagi semalam.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam sebelum memberkas suspek.

    Menurutnya, remaja berkenaan ditahan di tepi jalan lorong dan diperiksa kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

    “Ketika menjalani pemeriksaan, suspek telah menyerahkan satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.09 gram,” lapor akhbar tersebut.

    Jelasnya, kesemua barang disyaki dadah dirampas seterusnya suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenyah Narkotik Daerah (BSJND) Miri bagi menjalani ujian air kencing dan didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

    Sehingga berita ini ditulis, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-Sarawakiana
  • No Comment to " Remaja Ditahan Salah Guna Dadah Di Miri "