• Ransomware: China Nafi Sistem Komputer Lemah

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    SHANGHAI: Pihak berkuasa China menafikan sistem komputer pendidikan tinggi negara itu terjejas teruk akibat serangan ransomware global, malah menganggapnya laporan itu sebagai berniat jahat.

    Rangkaian penyelidikan dan pendidikan, Kementerian Pendidikan China berkata, 66 daripada 1,600 dijangkiti virus berkenaan kerana sistem operasinya tidak dinaik taraf mengikut jadual dan bukan disebabkan kelemahan sistem keselamatan.

    Kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam itu mungkin komen yang paling terperinci mengenai serangan siber oleh pihak berkuasa China, yang enggan mengulas penularan virus itu sejak Jumaat lalu.

    Kelmarin, pembekal terkemuka perisian anti-virus di China, Qihoo 360 berkata, sekurang-kurangnya 29,372 institusi, termasuk pejabat kerajaan, ATM, hospital dan universiti terjejas teruk akibat serangan siber itu.

    "Kenyataan yang tidak tepat itu menimbulkan salah faham dan panik dalam kalangan orang awam, guru dan pelajar, malah mengganggu kehidupan seharian," kata kenyataan itu.

    Sementara itu, pusat pengajian tinggi utama di ibu negara China seperti Universiti Beijing dan Tsinghua turut mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan keselamatan yang pantas berjaya mencegah 'jangkitan' di kampus mereka. AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Ransomware: China Nafi Sistem Komputer Lemah "