• Rakyat Iran Mengundi Hari Ini

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+
    gambar hiasan

    TEHRAN: Rakyat Iran mula mengundi hari ini bagi menentukan sama ada menyokong dasar Presiden Hassan Rouhani yang berjanji membuka negara kepada dunia dan memulihkan semula ekonomi.

    Rouhani yang berhaluan sederhana, menghadapi saingan sengit calon yang mendapat sokongan badan ulama, Ebrahim Raisi, 56.

    Ebrahim menggelar dirinya pejuang golongan miskin dan mendesak dasar lebih keras terhadap Barat.

    Pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei, mengundi beberapa minit sebelum tempat mengundi dibuka pada jam 8 pagi waktu tempatan.

    "Nasib negara ini di tangan rakyat Iran," kata Khamenei kepada pemberita di ibu negara. Dua minggu lalu, Rouhani dianggap bertindak keterlaluan apabila mengkritik penangkapan berterusan pemimpin reformis dan aktivis.

    Beliau meminta agensi keselamatan tidak campur tangan dalam undi. Raisi berjanji akan menyokong tawaran perjanjian nuklear dengan kuasa dunia pada 2015 yang mengehadkan penghasilan uranium sebagai pertukaran kepada penamatan beberapa sekatan ekonomi.

    Beliau mendakwa kemerosotan ekonomi berterusan sebagai bukti kegagalan usaha diplomatik Rouhani. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Rakyat Iran Mengundi Hari Ini "