• Penyelidik temui bukti kaitan Korea Utara dengan WannaCry

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    Para penyelidik kawalan siber menemui bukti teknikal yang mengaitkan hubungan di antara Korea Utara dengan serangan siber global WannaCry “ransomware” yang telah menjejaskan 300,000 komputer di 150 negara sejak Jumaat.

    Symantec dan Kaspersky Lab berkata, terdapat beberapa kod dalam versi awal perisian WannaCry ada di dalam banyak program yang digunakan oleh Kumpulan Lazarus yang mana kebanyakan penyelidik daripada pelbagai syarikat mengenal pastinya sebagai sebuah operasi penggodam Korea Utara.

    “Ini petunjuk terbaik yang kami telah lihat setakat ini sama seperti di dalam WannaCry asal,” kata penyelidik Kaspersky Lab, Kurt Baumgartner kepada Reuters.

    Kedua-dua firma tersebut berkata, masih terlalu awal untuk mengaitkan Korea Utara dengan serangan tersebut bersandarkan kepada bukti yang disiarkan di Twitter oleh penyelidik kawalan Google, Neel Mehta.

    Serangan yang mula perlahan pada Isnin merupakan serangan siber paling cepat tersebar dalam rekod.

    Menurut dua syarikat tersebut, mereka perlu mengkaji kod tersebut dengan lebih mendalam dan meminta orang lain untuk membantu membuat analisis.-BNBBC

    Subjects:

  • No Comment to " Penyelidik temui bukti kaitan Korea Utara dengan WannaCry "