• Pengeluar Tuntut Harga Gula Naik 40 Sen

    Published: Monday, 15 May 2017
    A- A+

    BAGI mengaut keuntungan berlipat ganda, pengeluar gula MSM Malaysia Holdings bercadang untuk menaikkan harga gula sebanyak 40 sen sekilogram.

    Lapor Projek MMO, permintaan untuk menaikkan harga barang kawalan itu adalah bagi menjamin keuntungan syarikat tahun ini, namun ia masih belum mendapat kata putus daripada kerajaan.

    Presiden kumpulan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) dan ketua pegawai eksekutif Datuk Zakaria Arsha berkata, harga gula mentah yang tidak stabil dan ditambah dengan kejatuhan ringgit menyebabkan syarikat berdepan cabaran.

    “Disebabkan harga gula mentah tidak stabil, kerajaan perlu menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen per kilogram,” katanya.

    1 Mac lalu, harga gula pasir putih bertapis dinaikkan 11 sen sekilogram, daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

    Kali terakhir harga gula diselaras adalah pada Oktober 2013. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pengeluar Tuntut Harga Gula Naik 40 Sen "