• Pelancong Sesat Di Gunung Santubong Ditemui Selamat

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    SANTUBONG: Pelancong wanita yang dilaporkan hilang ketika menuruni Gunung Santubong, di sini, petang tadi, ditemui selamat malam tadi.

    Anne Pearson, 52, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 9.28 malam ini.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Mirza Dzalmira Miraj, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan kehilangan wanita itu pada jam 6.50 petang.

    "Mangsa ditemui ditahap dua gunung berkenaan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan, namun agak keletihan.

    "Wanita yang berasal dari England itu kemudiannya balik sendiri ke penginapannya dengan menaiki teksi," katanya.

    Mangsa dipercayai terpisah dengan suaminya dan menghadapi masalah untuk mencari jalan keluar apabila keadaan semakin gelap. - BHOnline
  • No Comment to " Pelancong Sesat Di Gunung Santubong Ditemui Selamat "