• Mayat Ditemui Bawah Katil

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+


    MAYAT lelaki warga emas yang sudah busuk dan reput ditemui di bawah katil di rumahnya di Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Tampin, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, polis menerima laporan daripada menantu mangsa memberitahu ada bau busuk dan pintu rumah tidak boleh dibuka pada 6.45 petang.

    "Sepasukan polis ke lokasi dan memecahkan pintu belakang. Hasil pemeriksaan menemui mayat mangsa yang berusia 72 tahun di bawah katil di dalam bilik.

    "Mangsa dipercayai meninggal dunia antara empat ke lima hari lalu. Pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah, namun siasatan masih diteruskan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.-HMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Mayat Ditemui Bawah Katil "