• Maut Kena Renjatan Elektrik

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    PARIT BUNTAR: Seorang pekerja kolam ikan dan udang maut terkena renjatan elektrik di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau dekat sini, hari ini.

    Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, Mohamad Hafis Ismail, 28, berasal dari Parit Mat Ali, Kuala Kurau, dipercayai terjatuh lalu tersembam di atas wayar elektrik.

    Kejadian menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Klinik Kesihatan Kurau.

    Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, mengesahkan kejadian itu. Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Kena Renjatan Elektrik "