• Lebih 7,000 aduan berkaitan telekomunikasi, kandungan media baharu diterima

    Published: Thursday, 18 May 2017
    A- A+


    KOTA KINABALU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima sebanyak 7,837 aduan berkaitan telekomunikasi dan isu kandungan media baharu pada suku pertama tahun ini.

    Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd. Yasin berkata, 70 peratus daripada aduan itu berkaitan masalah telekomunikasi dan selebihnya pula berkaitan isu kandungan media baharu seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang sering dihadapi pengguna.

    "Selangor mencatatkan aduan tertinggi iaitu sebanyak 1,534 aduan, diikuti Pahang (1,036 aduan) dan Johor sebanyak 730 aduan, manakala Sabah merupakan antara enam negeri yang mencatatkan jumlah aduan terendah," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam kenyataan media pada Seminar Memperkasakan Hak-Hak Pengguna yang dihadiri 250 peserta terdiri daripada wakil pelajar universiti tempatan, persatuan pengguna dan agensi kerajaan serta bukan kerajaan di sini, hari ini. - Bernama



    Subjects:

  • No Comment to " Lebih 7,000 aduan berkaitan telekomunikasi, kandungan media baharu diterima "