• Laptop untuk 'gamers'

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+


    ACER Malaysia mungkin mempunyai laptop game bersaiz 21 inci lengkung termahal di dunia dengan harga RM39,999 yang mempunyai ciri unik.

    Ia didatangkan dengan pemprosesan Intel Core i7 Gen-7 yang dibantu RAM 64GB jenis DDR4 2400.

    Selain monitornya yang lengkung, ia termasuk penyediaan dua kad grafik Nvidia GeForce GTX1080 pada SLI yang masing-masing siap dengan ‘overclocked’ sesuai untuk permainan mengagumkan.

    Acer juga menyediakan dua kad PCI Express SSD menggunakan teknologi NVMe pada RAID 0 yang melancarkan operasi permainan.

    Bagi mengelakkan laptop panas, lima kipas jenis Aeroblade yang langsung tidak berbunyi menjadi sistem penyejuk dengan rekaan ergonomik memudahkan laluan angin.-HMetroOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Laptop untuk 'gamers' "