• KPDNKK umum 13 harga barang kawalan sempena Pesta Keamatan dan Hari Gawai

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+

    KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga 13 barangan terkawal dalam pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Pesta Keamatan 2017 dan Hari Gawai 2017 di sini sebentar tadi.

    Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelaksanaan SKHMP ini akan melibatkan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi menyambut Pesta Keamatan pada hujung bulan ini, manakala Hari Gawai di Sarawak pada 1 hingga 2 Jun nanti.

    Menurutnya, SKHMP ini akan dilaksanakan bermula 25 hingga 31 Mei bagi Pesta Keamatan, manakala 27 Mei hingga 2 Jun bagi Hari Gawai.

    "Penentuan harga maksimum dibuat di peringkat pengeluaran bagi ayam, telur dan khinzir.

    "Harga runcit bagi ayam hidup ditetapkan dari RM6.60 sehingga RM8.70 bagi Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak," katanya pasa sidang akhbar di sini sebentar tadi.

    Sementara itu, harga runcit bagi telur ayam gred A dijual bermula 0.38 sen hingga 0.42 sen, manakala kubis bulat import dijual pada harga RM4 hingga RM6.

    Manakala harga bagi daging khinzir dijual pada harga RM18 hingga RM20. - K ONLINE!



  • No Comment to " KPDNKK umum 13 harga barang kawalan sempena Pesta Keamatan dan Hari Gawai "