• Kompleks sukan untuk anggota PDRM

    Published: Monday, 15 May 2017
    A- A+

    KOMPLEKS sukan dianggarkan bernilai lebih RM80 juta akan dibina di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Cheras, bermula tahun hadapan.

    Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, projek terbabit sudah mendapat kelulusan kerajaan dan mungkin siap pada 2020.

    Katanya, pembinaan kompleks sukan itu diharap dapat memantapkan lagi pegawai dan anggota PDRM dalam bidang sukan.

    “Kompleks sukan ini dilengkapi kolam renang, gelanggang futsal, padang bola dan lain-lain.

    “Dengan terbinanya kompleks ini diharap lebih ramai lagi pegawai dan anggota dapat membabitkan diri dalam bidang sukan.

    "Sekarang pun sudah ramai anggota yang bergiat dengan sukan dan ada antara mereka mewakili negara," katanya sidang media selepas majlis Pelancaran Pelan Strategi Inovatif Transformasi Sistem Budaya Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 2016 hingga 2020 dan Perasmian Galeri serta Gimnasium Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, hari ini

    Subjects:

  • No Comment to " Kompleks sukan untuk anggota PDRM "