• Kerabat Johor maut dalam kemalangan

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+
    Foto: BNBBC
    Seorang Kerabat Diraja Johor maut selepas kereta dipandu anaknya terbabas ketika cuba mengelak kenderaan lain di susur Jalan Lingkaran Dalam, di Johor Bharu pagi tadi.

    Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata Kerabat Diraja Johor iaitu dua pupu kepada Sultan Johor, Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd Archibald, 58, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

    Katanya, dalam kejadian jam 9.45 pagi, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu iaitu anak perempuan Tunku Amal Jakiah cuba mengelak kenderaan lain dan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar batu pembahagi jalan.

    “Penumpang cedera parah di badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu berusia 22 tahun dibawa untuk rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

    “Tempat kejadian adalah di susur keluar ke Jalan Lingkaran Dalam Danga City Mall menghala ke Skudai/Pantai Lido,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Wan Ahmad Najmuddin berkata, bedah siasat dijalankan pada jam 11.30 pagi di HSA dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " Kerabat Johor maut dalam kemalangan "