• Jay Z, Beyonce miliki harta RM5 bilion

    Published: Thursday, 18 May 2017
    A- A+


    NEW YORK: Jumlah kekayaan bersama suami isteri superstar, Jay Z dan Beyonce itu dianggar sebanyak AS$1.16 bilion (RM5 bilion), kata Forbes.

    Majalah itu menganggarkan Jay Z memiliki harta kira-kira AS$810 juta (RM3.5 bilion), manakala Beyonce sudah mengumpul AS$350 juta (RM1.5 bilion).

    Menurut Forbes, sebahagian besar wang Jay Z adalah dalam syarikat hiburan, Roc Nation dan beberapa lagi syarikat miliknya.

    Rapper dan penyanyi itu juga mempunyai hak majoriti dalam perkhidmatan muzik online, Tidal.

    Jay Z atau nama sebenar Shawn Carter, menandatangani perjanjian rakan kongsi 10 tahun dengan Live Nation bagi menganjurkan konsert bernilai AS$200 (RM865 juta).

    Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Blue Ivy, 5, dan kini Beyonce bakal melahirkan anak kembar. - AP





    Subjects:

  • No Comment to " Jay Z, Beyonce miliki harta RM5 bilion "