• Indonesia Pinjam RM19.47 Bilion Daripada Bank China

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    Jakarta: Satu konsortium syarikat Indonesia dan China untuk membina sistem kereta api laju pertama negara itu menandatangani pinjaman berjumlah AS$4.5 bilion (RM19.47 bilion) dengan Bank Pembangunan China, kata kerajaan Indonesia semalam.

    Ketua konsortium, Hanggoro Budi Wiryawan dan pengerusi Bank Pembangunan China, Hu Huaibang menandatangani perjanjian pinjaman itu di Beijing, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) perjanjian itu ditandatangani ketika pertemuan antara Jokowi dan Presiden China, Xi Jinping.

    Jokowi berada di Beijing untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan bagi Kerjasama Antarabangsa.

    Indonesia pada 2015 memilih China untuk membina sistem kereta api laju pertama negara itu yang menghubungkan Jakarta dan Bandung.

    Hanggoro berkata, pinjaman itu merangkumi 75 peratus daripada kos keseluruhan pembinaan yang dijangka mencecah AS$6 bilion (RM26 bilion).

    Pejabat Jokowi memberitahu, Indonesia terbuka untuk meneruskan kerjasama dalam inisiatif jalur dan laluan oleh China itu. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Indonesia Pinjam RM19.47 Bilion Daripada Bank China "