• Ibu Bapa Didakwa, Bayi Ada 100 Kesan Gigitan Tikus

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+

    SEPASANG remaja telah ditangkap selepas bayi mereka yang baru berusia 15 hari ditemui dalam keadaan menyedihkan dengan kesan 100 gigitan tikus di badan termasuk luka di kepala hingga menampakkan tengkorak.

    Susulan itu, Erica Shyrock, 19, dan teman lelakinya yang berusia 18 tahun, Charles Elliott, telah didakwa membahayakan keselamatan bayi itu.

    Ia terbongkar selepas hospital di Atlanta menghubungi polis apabila mendapati bayi perempuan itu digigit tikus manakala beratnya hanya 2.26kg sahaja.

    Pemeriksaan doktor mendapati gigitan tikus itu dikesan di seluruh badan termasuk jari, tangan, muka dan lengan.

    Kecederaan parah adalah di bahagian dahi di mana lukanya sangat dalam hingga menampakkan tengkoraknya. Pembedahan terpaksa dilakukan untuk menutup luka berkenaan.

    Ketika disoal, Erica yang bertemu dengan Elliot sejak 2015 memberitahu bayinya itu tidur di atas katil di rumah ibu dan bapanya.

    Dia hanya menyedari keadaan berkenaan sebaik sahaja anaknya menangis.

    Erica dan Elliot juga memberitahu mereka mengetahui bahawa rumah tersebut penuh dengan tikus namun tidak berbuat apa-apa..

    Mereka membawa bayi itu ke hospital selepas didesak Regina. Selain bayi itu, Erica dan Elliot juga mempunyai seorang lagi anak yang dilahirkan pada 2015. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Bapa Didakwa, Bayi Ada 100 Kesan Gigitan Tikus "