• Hadi Awang Jalani Rawatan Intensif

    Published: Monday, 15 May 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di ibu kota.

    Perkara itu disahkan setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, sebentar tadi.

    Dalam satu kenyataan, Ahmad Samsuri mengajak semua ahli dan penyokong berdoa dan menunaikan solat hajat.

    Saf kepimpinan PAS ingin mengajak seluruh ahli dan penyokong untuk sama-sama beroda dan menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah agar Tuan Guru (Abdul Hadi) selamat menjalani rawatan.

    Dikurniakan juga kesembuhan, kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin dan membawa mesej perjuangan Islam ke serata dunia, kata kenyataan itu.

    Berikutan itu, Ahmad Samsuri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana memberi ruang rehat secukupnya kepada Abdul Hadi dan tidak menziarahi beliau ketika ini.

    Sehubungan itu, katanya, parti akan mengeluarkan maklumat dari semasa ke semasa mengenai kesihatan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang. BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Hadi Awang Jalani Rawatan Intensif "