• Gred Sebahagian Pengarah Pendidikan Negeri Ke JUSA B

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan berharap gred jawatan sebahagian Pengarah Pendidikan negeri dinaikkan daripada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C kepada JUSA B.

    Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan kenaikan gred itu.

    "Kenaikan gred ini misalnya, boleh dimulakan di Johor berikutan jumlah guru di negeri ini yang ramai dan ditadbir urus oleh Pengarah Pendidikan negeri.

    "Justeru, kementerian berharap agar perkara mengenai kenaikan gred Pengarah Pendidikan negeri ini dapat dipercepatkan," katanya Beliau berkata demikian berucap pada majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46 yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Kompleks Sukan Educity, dekat sini.

    Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Mahdzir berkata, setakat ini terdapat 435,000 guru di seluruh negara. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Gred Sebahagian Pengarah Pendidikan Negeri Ke JUSA B "