• Gila! Pelanggan Terkejut Dicaj Minyak RM4 Seliter

    Published: Thursday, 18 May 2017
    A- A+

    BARU sahaja diumumkan mengenai harga baru siling produk RON 95 kini menjadi RM2.08 seliter, ada pula isu sebuah stesen minyak sengaja naik harga hingga beri kejutan besar kepada pelanggan.

    Menerusi perkongsian Facebook Penang Online, seorang pelanggan mendakwa dia terkejut apabila dikenakan caj RM4 seliter di sebuah stesen minyak di Bagan, Butterworth, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

    “Assalamulaikum semua saya baru terkena tadi isi minyak RM50 bangla tu set dekat pump seliter RM 4.09sen. Sapa yang tak perasan habis laa kira isi seliter rm 4.09 la,” tulisnya.

    Pelanggan tersebut mendakwa, dia terkejut dengan harga tersebut walaupun harga asal hanyalah RM2.08 berbanding harga siling sebelum ini RM2.01 seliter.

    Dia turut mendakwa kejadian tersebut berlaku kerana tindakan pekerja stesen minyak yang terdiri daripada warga asing sengaja menukar harga berkenaan.

    Menerusi ruangan komen, netizen turut berkongsi masalah sama berlaku di Kajang, Selangor dan Miri, Sarawak apabila dikenakan caj RM4 dan RM6 seliter di stesen yang di bawah pengurusan sama.

    Netizen turut menganggap kejadian tersebut disebabkan pengusaha syarikat stesen minyak yang mahu mengaut keuntungan dan sengaja menaikkan harga minyak tanpa mengikut harya yang ditetapkan kerajaan.

    Namun, ada netizen menganggap itu adalah masalah teknikal di pam dan perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa supaya ia tidak berlarutan.

    Menerusi ruangan komen, netizen berkongsi kenyataan daripada Shell yang mengakui kesilapan tersebut adalah disebabkan masalah teknikal dan sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Gila! Pelanggan Terkejut Dicaj Minyak RM4 Seliter "