• Empat Lelaki Samun Dan Tikam Ditahan Polis

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Empat lelaki berusia 18 hingga 25 tahun ditahan dalam beberapa serbuan di Taman Samarindah dan Kampung Merdang Lumut dekat sini semalam.

    Keempat-empat lelaki berkenaan dipercayai terlibat dalam dua kes samun yang melibatkan seorang wanita dan seorang lelaki yang kini dirawat di Zon Merah Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak(HUS).

    Memetik laporan akhbar utusan Borneo, kesemua empat suspek ditahan masih dalam keadaan khayal dan mengakui terlibat dengan dua kes pada Selasa lepas dan awal pagi semalam.

    Dalam kejadian pertama yang berlaku sekitar jam 8 malam Selasa lepas, seorang wanita yang menunggu bapanya menjemput pulang dari kerja didatangi suspek yang kemudian merampas telefon bimbitnya.

    Manakala kejadian kedua dilaporkan berlaku sekitar jam 3 pagi di taman Samarindah apabila seorang lelaki berjalan seorang diri didatangi suspek dan kemudian bertindak menikam mangsa sehingga menyebabkan mangsa terpaksa menerima rawatan di HUS akibat kecederaan yang dialaminya.

    Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian tersebut berkata, semua suspek akan ditahan reman hari ini untuk siasatan lanjut.- Sarawakiana


  • No Comment to " Empat Lelaki Samun Dan Tikam Ditahan Polis "