• Edouard Philippe PM Baharu Perancis

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menamakan Ahli Parlimen kurang terkenal, Edouard Philippe daripada parti haluan tengah-kanan Republikan sebagai Perdana Menteri, umum pejabatnya, hari ini. 

    Pemilihan Philippe, 46, dari bandar pelabuhan utara Le Havre, dilihat percubaan strategik Macron, 39, untuk menarik golongan sederhana menyertai parti berhaluan tengah baharunya, Republic on the Move (REM). 

    Presiden termuda Perancis itu sudah menarik berpuluh ahli parlimen (MP) Sosialis di pihaknya, mencetuskan penyusunan semula secara besar-besaran dalam politik negara itu yang menyebabkan parti tradisional terumbang- ambing. 

    Seperti Macron, Philippe adalah produk kolej elit Perancis, ENA untuk kakitangan awam kanan serta pernah bekerja seketika dalam sektor swasta. 

    Seorang daripada pembantu Macron mengalu-alukan pelantikan itu dengan berkata ia satu 'tindakan bagus' dan membantunya 'memecahkan pihak kanan.' 

    Macron menuju ke Berlin lewat hari ini untuk berunding dengan Canselor Jerman Angela Merkel untuk membincangkan bagaimana dua kuasa Eropah itu dapat memacu pembaharuan blok terbabit. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Edouard Philippe PM Baharu Perancis "