• #DUNSarawak: Tubuh Pihak Berkuasa Pembangunan Pesisir

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+


    KUCHING: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Sarawak terutama dari kawasan luar bandar menyeru kerajaan menubuhkan Pihak Berkuasa Pembangunan Pesisir.

    Aidel Lariwoo (BN-Sadong Jaya) berkata, ia untuk memastikan landskap pembangunan sosial dan ekonomi penduduk kawasan pesisir dapat dilaksana dan diselaras sepenuhnya.

    "Saya juga seperti yang diutarakan oleh YB pesisir lain menyeru agar ditubuhkan 'Coastal Development Authority'," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Aidel turut memohon skim pembesaran kampung di Kampung Iboi dan Kampung Pelandok bagi menyediakan persekitaran lebih konfusif kepada penduduk kedua-dua kampung.

    Pada masa sama menurutnya, skim tersebut juga amat perlu untuk menyelesaikan masalah kesesakan penduduk dalam sebuah rumah.

    Selain itu Aidel menambah, beberapa sekolah melibatkan SK Jemukan, SK Iboi Pelandok, SK Jaie, SK Haji Kelali Semera, SJK Chung Hua, SJK Chung Hua Jemukan dan SMK Sadong Jaya perlu dibina semula blok sekolah.

    "Ia untuk menyediakan fasiliti pembelajaran dan persekitaran pembelajaran kondusif kepada pelajar," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Tubuh Pihak Berkuasa Pembangunan Pesisir "