• #DUNSarawak: Tambah Pusat Pemulihan Di Sarawak

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan perlu menambah pusat pemulihan dadah di Sarawak termasuk di zon tengah dan zon utara.

    Buat masa ini, hanya terdapat sebuah pusat pemulihan di negeri ini iaitu di Kuching.

    Baru Bian (PKR-Ba'Kelalan) berkata, pembukaan pusat seperti itu penting untuk memulihkan penagih dan membolehkan keluarga mereka memberikan sokongan.

    Malah menurutnya, ia secara tidak langsung dapat mengelak mereka kembali kepada gejala tidak bermoral itu.

    "Dalam memerangi dadah, pihak berkuasa mesti mengenalpasti dan menangkap 'bos' dadah dan pengedar utama," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan Yang di-Pertua Negeri.

    Baru turut melahirkan rasa bimbang kerana pusat judi siber masih beroperasi di Lawas walaupun beberapa tangkapan dibuat.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Tambah Pusat Pemulihan Di Sarawak "