• #DUNSarawak: Talib Mahu Jumpa Pihak Berkaitan Untuk Perkasa Integriti

    Published: Thursday, 18 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip berkata sebagai inisiatif segera, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan pelbagai agensi penguatkuasa peringkat Persekutuan dan Negeri serta NGO yang berkaitan dan masyarakat awam dalam usaha untuk membangunkan terma terperinci rujukan bagi fungsi baru.

    "Kami juga akan mengadakan pameran bergerak di seluruh negeri untuk mempromosi fungsi baru ini dalam Pentadbiran Negeri," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi Kementeriannya.

    "Saya akan melaporkan kemajuan fungsi ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Talib Mahu Jumpa Pihak Berkaitan Untuk Perkasa Integriti "