• #DUNSarawak: Serah Balik Tanah Yang Gagal Hasilkan Pokok Sagu Kepada Penduduk

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Yussibnosh Balo (BN-Tellian) memohon tanah ladang sagu Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) yang gagal menghasilkan tanaman pokok sagu diserahkan balik kepada penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian.

    Seluas 6,780 hektar di Ladang Mukah dan 5,980 hektar di Ladang Sebakong di bawah PELITA Mukah Sebakong Sago Plantation Sdn Bhd yang diusahakan sejak 1987 hingga 2003.

    Beliau berharap setiap ketua isi rumah di kawasan terbabit diberi tiga hektar setiap seorang untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi penduduk melalui Jawatankuasa Transformasi Ekonomi Luar Bandar Peringkat Bahagian.

    Menurutnya, ia melibatkan skim tanaman kelapa, tanaman buah-buahan, tanaman kontan jangka pendek, tanaman sayur-sayuran, pemeliharaan madu kelulut, skim bantuan input padi dan skim tanaman rumbia baharu.

    "Adalah dicadangkan Jabatan Tanah dan Survei perlu mengenalpasti dan membuat tapisan permohonan daripada penduduk yang betul-betul tidak mempunyai tanah agar diberi keutamaan untuk memiliki tanah," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul penghargaan ucapan Yang di-Pertua Negeri.

    Dalam perkembangan lain, Yussibnosh berkata, keadaan rumah tradisional juga semakin sesak.

    "Amat tepat jika skim pembesaran kampung dilaksanakan di kawasan ini," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Serah Balik Tanah Yang Gagal Hasilkan Pokok Sagu Kepada Penduduk "