• #DUNSarawak: Sarawak Tarikan Utama Pelabur

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri merancang untuk menjadikan Sarawak sebagai destinasi pilihan pelaburan.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang, Dato Sri Wong Soon Koh berkata, ia sekaligus dapat memacu perdagangan antarabangsa dan e-dagang.

    Menurutnya, kementerian beliau akan memformulasikan polisi serta panduan perdagangan antarabangsa dan e-dagang untuk memacu transformasi sumber manusia, jentera kerajaan selain pemain perdagangan dan industri.

    "Kementerian akan melaksanakan enam strategi utama termasuk membangun dan mengeksploitasi e-dagang serta teknologi digital, memaksimakan peluang sektor ICT, memperkenalkan pendekatan baharu, mengukuhkan perkembangan perniagaan, menjadi kuasa wilayah pembangunan sistem IT dan menjadi negeri terkemuka di Malaysia menggunakan e-dagang," katanya menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Menurutnya lagi, Sarawak akan terus mengukuhkan hubungan perniagaan dengan rakan dagangan sedia ada seperti Jepun (RM23 bilion), Republik Rakyat China (RM7 bilion), Republik Korea (RM7 bilion), Taiwan (RM5 bilion) dan Semenanjung Malaysia (RM13 bilion).

    "Kita akan memperhebatkan usaha meningkatkan nilai perniagaan masing-masing RM1 bilion dengan Singapura, Filipina, Thailand, Indonesia dan RM729 juta Hong Kong," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Sarawak Tarikan Utama Pelabur "