• #DUNSarawak: Sarawak Sasar Juara SUKMA Ke19

    Published: Thursday, 18 May 2017
    A- A+
    KUCHING: Sarawak mensasarkan muncul juara Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA) yang berlangsung di Perak.

    Kejohanan sukan dwitahunan itu akan berlangsung dari 12 hingga 22 September tahun depan.

    Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebanyak 19 sukan teras dan 10 sukan pilihan akan dipertandingkan.

    SUKMA yang berlangsung di Sarawak tahun lepas melibatkan 19 sukan teras dan lima sukan pilihan.

    "Untuk mencapai sasaran ini, persiapan atlet Sarawak dirangka mengikut perancangan," katanya berucap menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Malah menurutnya, Perbadanan Sukan Sarawak diberi tanggungjawab mengendalikan sukan berprestasi tinggi.

    "Mereka akan dibantu semua sektor merangkumi agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan sukan.

    "Saya amat pasti kita mampu melakukannya," ujarnya.

    Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), beliau menambah, pelbagai projek diluluskan untuk dilaksanakan termasuk mewujudkan Pusat Belia dan Sukan dengan kos RM60 juta.

    Projek lain merangkumi Program Sokongan Prestasi Atlet, Jurulatih dan Pentadbir Sukan.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Sarawak Sasar Juara SUKMA Ke19 "