• #DUNSarawak: Sarawak Perlu Strategi Baharu Bangun Infrastruktur ICT

    Published: Monday, 15 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Sarawak memerlukan strategi baharu dalam membangunkan infrastruktur fizikal teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mencukupi untuk membangunkan ekonomi digital.

    Dr Hazland Abang Hipni (BN-Demak Laut) berkata, usaha tersebut penting untuk memastikan Sarawak bersaing di peringkat global dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

    Malah menurutnya, pembangunan Kampung Digital di Samajaya antara langkah untuk memperkukuhkab infrastruktur mendorong anak muda berminda digital menghasilkan model perniagaan baharu.

    "Sarawak komited untuk melabur RM1 bilion sebagai permulaan untuk memastikan infrastruktur sesuai menyokong industri digital serta apa juga jenis peniagaan dan pelaburan yang akan masuk ke Sarawak," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Bagaimanapun Dr Hazland menjelaskan, perancangan kukuh tersebut tidak mencukupi tanpa penglibatan aktif pemain industri dan usahasama rakyat.

    "Tenaga kerja harus dibangunkan melalui TVET selain daripada program STEM untuk meningkatkan inovasi rakyat daripada peringkat sekolah rendah lagi," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Sarawak Perlu Strategi Baharu Bangun Infrastruktur ICT "