• #DUNSarawak: RM61.6 Juta Laksana 476 Projek

    Published: Thursday, 18 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM61.6 juta tahun ini kepada 23 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk pelaksanaan 476 projek infrastruktur berskala sederhana.

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, ia merangkumi naik taraf lampu jalan, lampu isyarat, tempat pejalan kaki, tandas awam, perpustakaan, jeti dan taman rekreasi.

    "Daripada 476 projek, 464 atau 97.5 peratus projek dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan majoriti siap dalam tahun ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Menurutnya, kerajaan negeri menerusi Inisiatif Transformasi Negeri juga meluluskan 114 projek tebatan banjir berjumlah RM100 juta.

    "Projek akan dilaksanakan PBT, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang kini pada pelbagai peringkat perancangan serta pelaksanaan," ujarnya.

    Beliau menambah, sejumlah RM3.5 juta diluluskan untuk pelaksanaan Program Pembangunan Komuniti.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: RM61.6 Juta Laksana 476 Projek "