• #DUNSarawak: Pusat Rekreasi Gunung Ngeli Produk Pelancongan Menarik Di Simunjan

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+


    KUCHING: Kerajaan mempunyai rancangan untuk menjadikan Pusat Rekreasi Gunung Ngeli sebagai kawasan pelancongan di DUN Simunjan.

    Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata, Taman Rekreasi Gunung Ngeli merupakan pusat tarikan pelancongan khasnya penduduk tempatan.

    “Kerajaan persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM450,000 di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) bagi kerja-kerja lanskap dan kemudahan-kemudahan lain seperti ‘jungle trecking’, papan tanda, papan penerangan, tandas awam, wakaf dan bangku rehat,” katanya

    Tambahnya lagi, Majlis Daerah Simunjan bertanggungjawab untuk menyelenggara pusat rekreasi di kawasan tersebut.

    Antara cadangan kerja penambahbaikan ialah membuat ‘nature trail’ iaitu laluan untuk menikmati keindahan keadaan semulajadi di kawasan Gunung Ngeli, mewujudkan Taman Herba, pengekalan sepsis tumbuhan semulajadi seperti pokok Tongkat Ali, Pokok kayu Hujan Panas, tumbuhan herba, orkid dan sebagainya, Menambah bilangang pondok rehat, gazebo.

    “Anggaran kos untuk kesemua kerja penambahbaikan ialah RM2juta yang akan dipohon melalui Mid-Term Review RMKe-11,” ujarnya.

    Ditanya adakah DUN Simunjan mempunyai tarikan lain selain pusat rekreasi, Lee berkata salah satu aktiviti yang boleh dijadikan tarikan pelancongan adalah Pesta Simunjan yang diadakan pada 29-30 Oktober tahun ini.

    Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Awla Dris (BN-Simunjan) mengenai status terkini Pusat Rekreasi Gunung Ngeli di Daerah Simunjan. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Pusat Rekreasi Gunung Ngeli Produk Pelancongan Menarik Di Simunjan "