• #DUNSarawak: Projek Naiktaraf Bekalan Air Di Mukah Diluluskan

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+


    KUCHING: Kerajaan negeri meluluskan projek menaiktaraf bekalan air di kawasan Mukah daripada 40mld kepada 60mld.

    Yussibnosh Balo (BN-Telian) berkata, ini menunjukan kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin kepada rakyat tempatan terutamanya penyokong BN yang tidak berbelah bagi terus menyokong kerajaan sedia ada.

    "Keperluan bekalan air yang semakin bertambah, mengkehendaki cara-cara baru untuk menangani masalah ini", ujarnya.

    Tambahnya lagi, pengambilalihan Bakun oleh kerajaan negeri adalah bertepatan dan menguntungkan rakyat di negeri ini.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan usul Penghargaan Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Persidangam Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Menurutnya, pengenalan konsep bekalan rangkaian paip bekalan air dari empangan Bakun, Lubok Antu dan Murum adalah satu konsep yang patut disokong oleh setiap lapisan masyarakat untuk jangka panjang.

    "Saya harap setiap kawasan di bawah jagaan Lembaga Bekalan Air seperti Kuching, Miri dan Sibu akan dapat di atasi dengan cekap dan mapan," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Projek Naiktaraf Bekalan Air Di Mukah Diluluskan "