• #DUNSarawak: Program Usahawan Sarawak Terus Diperkasa

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Usahawan menyasarkan tahun 2018 sebagai permulaan program keusahawanan dijalankan mengikut ketetapan dan pembahagian yang diselaraskan dari segi tarikh, tempat, pengisian serta kumpulan sasar.

    Menterinya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dana serta peruntukan dari setiap agensi akan dapat digunakan secara lebih efisien dan bersepadu.

    "Walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan, para usahawan juga digesa supaya menerapkan penggunaan aplikasi teknologi moden serta pendekatan yang kreaktif dan inovatif dalam perniagaan mereka agar mampu bersaing di peringkat global," ujarnya.

    Tambahnya lagi, ianya selaras dengan agenda Kerajaan Negeri menuju ekonomi digital yang membolehkan produk tenpatan dipasarkan secara meluas di seluruh dunia.

    Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya.

    Sementara itu, beliau berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merangkumi 97% daripada jumlah keseluruhan entiti perniagaan, merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi.

    "Oleh yang demikian, pembangunan PKS adalah penting sebagai asas kepada pertubuhan ekonomi negeri ini dan negara keseluruhannya" katanya.

    Menurutnya, kementeriannya telah mengambil pendekatan untuk membangunkan keusahawanan dengan harapan dapat meningkatkan mereka dari peringkat mikro hingga ke peringkat yang lebih tinggi, dengan memberi fokus kepada pembangunan kapastiti, pembangunan produk serta mempelbagai rangkaian pasarana.

    "Program pembangunan kapasiti adalah merangkumi latihan dan seminar, skim bantuan geran atau pinjaman, roadshow, showcase dan ekspo, bantuan peralatan dan premis perniagaan," jelasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Program Usahawan Sarawak Terus Diperkasa "