• #DUNSarawak: Program Pengukuran NCR Terus Dapat Perhatian Kerajaan

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, setakat April 2017 Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana berjumlah RM123,920,520.00 kepada Jabatan Tanah dan Survei.

    Menurutnya, jumlah tersebut adalah bagi membiayai kos melaksanakan Program Pengukuran NCR Inisiatif Baharu.

    "Secara keseluruhannya, sebanyak RM109,729,156.00 telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut di seluruh negeri Sarawak," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Tambahnya lagi, perbelanjaan mengikut bahagian adalah Kuching RM 12.6 juta, Sri Aman RM8.4 juta, Sibu RM11.4 juta, Miri RM9.4 juta, Limbang RM7.4 juta,Sarikei RM10.2 juta, Kapit RM8.7 juta, Samarahan RM8 juta, Bintulu RM11.1 juta, Mukah RM8.1 juta, Betong RM 8.8 juta dan Serian RM5 juta.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wilson Nyabong Ijang (BN- Pelagus) berhubung jumlah peruntukan untuk pengukuran perimeter survei. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Program Pengukuran NCR Terus Dapat Perhatian Kerajaan "