• #DUNSarawak: Produk Sarawak Akan Sentiasa Dipasarkan Ke Peringkat Tertinggi

    Published: Friday, 19 May 2017
    A- A+


    KUCHING: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pewujudan Sarawak Product Pavillion Kuala Lumpur adalah satu usaha Kementerian untuk memngembangkn pasaran bagi produk khusus yang dikeluarkan oleh usahawan- usahawan tempatan Sarawak.

    Menurutnya, selain projek tersebut yang disediakan oleh Kementeriannya, agensi lain yang turut menyediakan premis perniagaan adalah SEDC, MARA, FAMA, LACDA, LKIM, Persatuan Peladang Kawasan, Majlis-Majlis Tempatan dan sebagainya termasuk pihak swasta.

    "Kementerian saya juga bercadang untuk mengadakan Anjung Usahawan di setiap bahagian dengan menempatkan premis tersebut di loksi yang mudah diakses oleh usahawan luar bandar," ujarnya.

    Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi Kementeriaanya.

    Tambahnya lgi, melalui konsep Anjung Usahawan ini juga, kementerian mengambil maklum cadangan oleh ADUN Lambir mengenai isu pembungkusan produk. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Produk Sarawak Akan Sentiasa Dipasarkan Ke Peringkat Tertinggi "