• #DUNSarawak: Perkhidmatan Kardiologi Bermula Sejak 2001

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Perkhidmatan kardiologi telah bermula di Hospital Umum Sarawak (HUS) sejak tahun 2001.

    Menteri Muda Kesihatan Awam, Dr Annuar Rapaee berkata, pada 1 Januari 2011, perkhidmatan tersebut telah berpindah ke bangunan Sarawak International Medical Centre (SIMC), Samarahan dan dikenali sebagai Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS).

    "Semenjak 2016, pusat ini telah ditukar nama kepada Pusat Jantung Sarawak (PJS) dan beropesari sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) berasingan dari HUS.

    "Di awal pusat tersebut, PJS hanya mengendalikan kes jantung dan pembedahan jantung saja dengan bilangan katil sebanyak 52 buah," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 18 hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dato Idris Buang (BN- Muara Tuang) berhubung prestasi dan manfaat perkhidmatan Institut Jantung Negara (IJN) Samarahan sejak berpoperasi.

    Tambahnya, bilangan katil telah meningkat kepada 72 buah katil pada tahun 2013 dan 112 buah katil pada tahun ini.

    "Sehingga ke tahun 2016, sebanyak 4,418 orang pesakit telah dimasukan ke dalam wad dengan kadar penggunaan katil sebanyak 83.39%," ujarnya.

    Menurutnya, pada tahun 2016, makmal catherisation (PCI) kedua telah ditambah menjadi 2 unit.

    "Pendekatan rawatan jantung melalui pembedahan angioplasty merupakan kaedah terbaik pada masa ini yang turut dipraktikkan di PJS kerana iainya lebih menjimatkan masa, mengurangkan risiko komolikasi bius dan jangkitan selepas pembedahan serta mengurangkan tempoh berada di wad," jelasnya.

    Annuar bekata kerajaan memang mempunyai perancangan untuk meningkatkan kapasti serta prestasi PJS.


    "Kini PJS bukan hanya bertumpu pada kes jantung dan pembedahan jantung sahaja, tetapi juga menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan trauma, perkhidmatan kepakaran jantung termasuk kepakaran jantung kanak-kanak, pembedahan jantung, urologi dan perubatan nuklear," katanya.

    Selain daripada itu, sebuahAnjung Kasih telah didirikan dikawasan PJS di bawah kelolaan Yayasan Jantung Sarawak.

    "Anjung Kasih ini mempunyai 14 buah katil. Ia berperanan dalam memberi kemudahan penginapan kepada pesakit yang mendiam jauh dari Pusat Jantung ini, dan tiada caj mahupun deposit dikenakan," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Perkhidmatan Kardiologi Bermula Sejak 2001 "