• #DUNSarawak: Paulus Gumbang Dilantik Pengerusi BNBBC Sarawak

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+

    PETRA JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dilantik sebagai pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak yang baru bagi penggal 2017 - 2021.

    Paulus mengantikan Abdullah Saidol yang melepaskan jawatan tersebut berikutan perlantikannya sebagai Menteri Muda Ehwal Korporat.

    Perlantikan tersebut diumumkan Abdullah pada sidang media di Komplek Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Menurutnya, BNBBC terdiri dari 43 keahlian dan 12 Ahli Jawatankuasa berperanan menangani maklum balas berkaitan isu yang dibangkitkan rakyat dan menjelaskan polisi kerajaan.

    Beliau yang juga ADUN Semop memberitahu, selain kerapkali menerima kunjungan BNBBC dari negeri lain di Malaysia, BNBBC juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial yang dianjurkan Dewan Undangan Negeri.

    Mengulas lanjut, Abdullah yang menjawat jawatan tersebut sejak Oktober 2011 berkata, peranan BNBBC kali ini akan lebih prominen, tersusun dan sesuai dengan keperluan rakyat.

    "Adalah tidak benar BNBBC hanya tukang angguk, sebaliknya ianya juga berperanan membangkitkan isu-isu utama yang sering dibangkitkan rakyat seperti rundingan dengan Petronas, aotonomi dan beberapa isu utama," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Paulus Gumbang Dilantik Pengerusi BNBBC Sarawak "