• #DUNSarawak: Naiktaraf Semarak Sebagai Hab Peniagaan Usahawan Kecil

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+


    KUCHING: Semarak yang telah dibangunkan sejak tahun 80an merupakan pusat ekonomi peniaga-peniaga kecil di kawasan Tupong.

    Fazzaruddin Abdul Rahman (BN-Tupong) berkata, keadaan tapak tersebut sekarang sudah tidak sesuai lagi bagi aktiviti ekonomi.

    "Jadi saya memohon agar kawasan tersebut dapat dibangunkan untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi peniaga kecil ini," ujarnya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan usul Penghargaan Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Persidangam Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Sementara itu, tambahnya lagi, bersebelahan dengan Semarak pula terdapat sebuah bangunan menempatkan perpustakaan di tingkat bawah dan klinik ibu dan anak di tingkat atas.

    "Keadaan ini amatlah tidak sesuai sekali.

    "Oleh itu saya memohon agar sebuah klinik kesihatan dibina di Jalan Matang untuk menampung keperluan ini,"katanya.

    Tambahnya lagi, sekurang-kurangnya bangunan tersebut di naik taraf atau baikpulih agar lebih selamat dan sesuai untuk ibu mengandung.

    Selain dari klinik kesihatan, Fazzrudin juga memohon sebuah balai bomba dan balai polis dibina di kawasan matang.

    "Apabila saya menyebut kawasan matang, ianya tidak bermakna untuk kegunaan DUN Tupong sahaja tetapi ianya berada di tengah-tengah kawasan seperti DUN Batu Kawa dan Pantai Damai," jelasnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Naiktaraf Semarak Sebagai Hab Peniagaan Usahawan Kecil "