• #DUNSarawak: Naiktaraf Jalan Pesisir

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+


    KUCHING: Jalan adalah nadi dan pemangkin kepada kemajuan ekonomi dan infrastruktur kawasan pesisir.

    Razali Gapor (BN-Beting Maro) berkata, kebanyakan perkampungan dalam kawasan pesisir dipisah oleh laut dan sungai.

    "Sehubungan itu, saya harap Jalan Pesisir ini boleh dinaiktaraf dan dilengkapkan dengan pembinaan jabatan-jambatan menyeberangi berapa sungai sepanjang jajaran jalan pesisir tersebut termasuk Jambatan Batang Saribas di Tanjung Lilin/Pusa," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan usul Penghargaan Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Persidangam Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Menurutnya, difahamkan kos bagi melengkapkan baki jajaran jalanraya pesisir pantai ialah dianggarkan sebanyak RM1.85 bilion.

    Tambahnya, selepas siapnya pembinaan Jambatan Batang Sadong berlaku kesesakan kenderaan dan masa menunggu yang panjang terutama penggunaan jalan raya pesisir jajaran Kuching/Samarahan ke Pusa/Sibu.

    "Saya memohon supaya kerajaan mengganti feri di Batang Saribas dengan feri yang lebih besar," ujarnya.

    Malah, pengemdali perkhidmatan feri juga diminta untuk meningkat mutu operasi feri dengan memasti feri dalam keadaan baik sepanjang masa. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Naiktaraf Jalan Pesisir "