• #DUNSarawak: Naiktaraf Jalan Pesisir

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Simoi Peri (BN- Lingga) berkata, sejajar dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, beliau memohon kepada kerajaan agar semua jalan persisir pantai dibina dan dinaiktaraf.

    "Sebagai contoh, jalan persisir pantai dari Maludam ke Triso dan dari Maludam ke Beladin berlubang dan bagaikan gelombang amat menyulitkan pengguna," ujarnya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan usul Penghargaan Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Persidangam Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Menurutnya, jalan tersebut diguna oleh pengguna dari setiap pelusuk negeri sejak kemuadahan feri di Triso ke Sebuyau beroperasi untuk memendekkan perjalanan dan menjimatkan kos.

    "Sehubungan ini, sudah tiba masanya kita mempunyai badan khas atau Lembaga Pembangunan Persisir Pantai yang bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan secara holistik pembangunan kawasan persisir pantai," katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Naiktaraf Jalan Pesisir "