• #DUNSarawak: Klinik Pakar Diperlukan Di Hospital Betong

    Published: Monday, 15 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Gerald Rentap Jabu (BN-Layar) memohon kerajaan membina klinik pakar kekal di Hospital Betong.

    Beliau berkata, perkhidmatan tersebut penting untuk Bahagian Betong yang tidak memiliki klinik pakar kekal.

    "Buat masa ini, hanya ada pakar melawat tetapi perkhidmatan dalam masa terhad.

    "Jika klinik ini ada, pesakit tidak perlu dipindahkan ke hospital lain yang memakan masa empat jam terutama Hospital Umum Sarawak (HUS)," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan usul penghargaan ucapan Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Malah menurutnya, Hospital Betong juga memerlukan wad baharu memandangkan wad sedia menempatkan pesakit wanita dan lelaki.

    "Sepatutnya penjagaan kesihatan setiap rakyat sama walaupun dimana sahaja mereka berada," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Klinik Pakar Diperlukan Di Hospital Betong "