• #DUNSarawak: Kenalpasti Tempat Khas Untuk Lukisan Mural

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+


    KUCHING: Lukisan mural di dinding amat popular di kalangan belia sekarang.

    Fazzruddin Abdul Rahman (BN-Tupong) berkata, ianya merupakan salah satu cara belia mengetengah ekspresi mereka.

    "Tidak dinafikan mereka mempunyai bakat yang begitu tinggi sekali," katanya

    Menurut Fazzaruddin, ianya juga boleh menjadi punca pendapatan kepada mereka apabila diupah pemilik kedai melukis mural di dinding.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan usul Penghargaan Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Persidangam Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    "Saya ingin mencadangkan kerajaan mengenalpasti tempat yang sedia ada yang boleh digunakan oleh belia-belia ini mempamerkan hasil seni mereka," ujarnya.

    Tambahnya, hasil seni mereka boleh dipamerkan dalam tempoh masa tertentu sebelum ditukar atau beri peluang kepada pelukis lain.

    "Selain itu, hasil seni ini boleh kita pasarkan secara digital dan ini boleh membuka peluang kepada pelukis-pelukis ini untuk mendapat tempahan," jelasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Kenalpasti Tempat Khas Untuk Lukisan Mural "