• #DUNSarawak: Kekang Kemasukan Pendatang Asing

    Published: Monday, 15 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Datuk Amar Jamilah Haji Anu (BN- Tanjong Datu) berkata usaha untuk mengekang kemasukan pendatang asing dari seberang secara haram adalah satu cabaran yang amat besar.

    Menurutnya, ini kerana sempadan negara yang mudah lolos dipenuhi dengan jalan-jalan tikus.

    “Dengan Wujudnya ladang-ladang sawit di sempadan menambah lagi kesukaran penguatkuasaan undang-undang,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Usul Penghargaan Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Persidangan Dewan Undagan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Jelasnya lagi, bilangan penguatkuasaan yang kecil serta kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi merupakan kekangan utama.

    “Oleh itu, saya amat khuatir apabila siapnya Pan Borneo nanti yang menghubungi Telok Melano ke Sematan, masalah sempadan bolos ini akan bertambah.

    “Saya berharap agar pihak berwajib memandang serius dalam hal ini,” katanya.

    Sementara itu, menyentuh tentang beberapa projek baharu yang telah diumumkan semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu yang baru lalu, Jamilah memaklumkan ada di antara projek tersebut sudah dan sedang dilaksanakan pada pelbagai peringkat.

    “Namun, sebilangan besarnya merupakan kelulusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan juga diumumkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar,” tambahnya lagi.

    Anatara projek-projek yang telah diumumkan tetapi belum dilaksanakan ialah Pusat Latihan RELA di Sematan, Jambatan Sungai Rambungan, Estet Perindustrian Lundu, Projek Tanaman Padi di Tanjong Purun, Kem Belia Pueh, Sematan dan Waterfront Sematan. – Sarawakiana

  • No Comment to " #DUNSarawak: Kekang Kemasukan Pendatang Asing "