• #DUNSarawak: Juanda Saran Pekerja Tempatan Diutamakan

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+
    KUCHING: Kehadiran pekerja asing yang bekerja dalam pembangunan ladang dan kilang kelapa sawit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng agak membimbangkan kerana bilangannya semakin bertambah.

    Dato’ Dr Juanda Jaya (BN-Jemoreng) berkata, situasi ini sangat ketara sehingga menimbukan kebimbangan dikalangan penduduk.

    Menurutnya, seluruh dunia tahu yang Malaysia adalah negara yang makmur dan mewah sehinggakan ramai buruh asing datang ke Malaysia mencari pekerjaan baik secara sah satu pun tidak sah.

    “Kerajaan bertanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya namun situasi tersebut bagaikan memberi peluang pekerjaan kepada buruh asing pula.

    "Apakah sudah tiada orang tempatan? Apakah syarikat-syarikat tersebut akan mengalami kerugian besar jika menggaji penduduk tempatan?," ujarnya

    Beliau mengakui keadaan tersebut diterima oleh pendudukan setempat.

    “Apabila kita membawa orang luar bekerja disini, kita kena membayar levi, kos kemasukan, kos penginapan namun semua ini di anggap "lebih mengguntungkan" berbanding menggaji rakyat tempatan?.

    "Saya juga ingin tahu berapa nisbah pekerja asing dan tempatan di ladang-ladang di kawasan saya dan seluruh Sarawak amnya," tambahnya

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Komplek DUN Sarawak hari ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Juanda Saran Pekerja Tempatan Diutamakan "