• #DUNSarawak : Jawatan Penghulu Bagi Masyarakat Iban

    Published: Monday, 15 May 2017
    A- A+

    Safiee Ahmad (BN-Daro) memohon kerajaan negeri mewujudkan satu jawatan penhulu bagi masyarakat Iban di daerah Daro.

    “Setakat ini daerah Daro tidak mempunyai penghulu bagi masyarakat Iban meskipun terdapat hampir 20 buah rumah panjang di daerah Daro,” katanya

    Menurutnya, keperluan jawatan penghulu bagi masyarakat Iban ini adalah kritikal, lebih-lebih lagi dalam mengendalikan kes yang melibatkan adat istiadat Iban.

    “Permohonan ini telah lama dikemukan semenjak saya menjadi Pegawai Daerah dahulu lagi tetapi sehingga kini masih belum mendapat jawapan,” ujarnya.

    Beliau berkata demikian semasa membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.- Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak : Jawatan Penghulu Bagi Masyarakat Iban "