• #DUNSarawak : Jadikan Beting Maro Hab Agro Makanan

    Published: Tuesday, 16 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Pertanian masih menjadi tunjang ekonomi dan sumber pendapatan utama bagi rakyat luar bandar di negeri ini.

    Razali Gapor (BN-Beting Maro) berkata, selaras dengan program transformasi luar bandar beliau mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan lebih banyak kluster atau koridor pertumbuhan ekonomi di beberapa kawasan negeri ini berasas potensi sumber di kawasan berkenaan.

    “Kerajaan melalui kementerian baharu, iaitu Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi diharap dapat melaksana lebih banyak aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) teknologi dalam sektor pertanian.

    “R&D sektor pertanian adalah penting untuk merangsang pertumbuhan dan permodenan sektor pertanian negeri Sarawak," katanya.

    Menurutnya, penemuan atau hasil R&D terutama dalam sektor bio-diversiti boleh dikomersilkan dan menjadi asas kepada peningkatan nilai produk yang lebih tinggi dalam rantaian ekonomi pertanian.

    “Saya berharap kerajaan negeri akan terus memberi perhatian terhadap aktiviti R&D untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing petani negeri Sarawak,” ujarnya.

    Tambahnya lagi, penduduk pesisir Beting Maro berhadapan masalah untuk membangun sektor pertanian dan sangat memerlukan perhatian khas kerajaan.

    “Mereka sangat memerlukan infrastruktur pertanian seperti jalan kebun, sistem tali air dan saliran dan ban untuk pembukaan tanah pertanian yang bebas dari ancaman air masin.

    “Saya mahu Beting Maro dibangun sebagai hab agro-makanan atau foodbasket negeri Sarawak. Saya juga mahu pertanian komersil, perikanan dan industry nipah diperkasakan.,” jelasnya.

    Beliau berkata demikian semasa membahaskan usul penghargaan ucapan Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-18 hari ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak : Jadikan Beting Maro Hab Agro Makanan "