• #DUNSarawak: Inisiatif Struktur Semula Stesen Pertanian Siap 2020

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Inisiatif mengaktif dan menstruktur semula stesen pertanian di Sarawak dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.

    Menteri Muda Pertanian, Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah sudah memulakan inisiatif tersebut sejak Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) secara berperingkat.

    "Tujuan inisiatif ini adalah untuk memudahkan dan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk luar bandar," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ali Biju (PKR-Krian) mengenai rancangan jangka panjang kerajaan negeri untuk mengaktifkan atau menstruktur semula semua stesen pertanian di Sarawak.

    Dr Abdul Rahman menjelaskan, inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan termasuk menaiktaraf dan membaik pulih enam stesen pertanian yang dilaksanakan sepenuhnya.

    Membina semula bangunan 22 stesen pertanian melibatkan 10 buah telah dimulakan pembinaan dalam RMK10 dan 15 buah lagi dalam RMK11 turut terkandung dalam inisiatif tersebut.

    Inisiatif lain merangkumi mewujud tujuh stesen pertanian baharu, membekal dan menambah kemudahan logistik, menstruktur semula keperluan kakitangab serta menutup 12 stesen pertanian yang tidak lagi diperlukan kerana sistem perhubungan jalan yang baik.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Inisiatif Struktur Semula Stesen Pertanian Siap 2020 "