• #DUNSarawak: Elektrik 24 Jam Kepada Seluruh Rakyat Sarawak Terus Diberi Perhatian

    Published: Thursday, 18 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan amat komited untuk menyediakan bekalan elektrik 24 jam di bawah program transformasi luar bandar (RTP kepada penduduk luar bandar dan juga di bandar.

    Menteri Elektrik Luar Bandar dan Bekalan Air, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, bagi mempercepatkan transformasi luar bandar, satu jawatankuasa kabinet mengenai transformasi luar bandar telah ditubuhkan bagi menyelia Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dalam menyediakan bekalan elektrik kepada isi rumah luar bandar di negeri ini.

    “Sasarannya adalah untuk mencapai penuh bekalan elektrik luar bandar pada tahun 2025,"

    “Pada masa ini, perkhidmatan bekalan elektrik bagi luar bandar di negeri ini mencapai sasaran kira-kira 87%,” katanya.

    Menurutnya, kerajaan telah memperuntukkan RM270 juta bagi projek Skim Bekalan Elektrif Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES).

    Menjawab isu yang diutarakan Dennis Ngau (BN-Telang Usan), Rundi berkata, 10 buah kampung di kawasannya telah mendapat manfaat daripada projek SARES pada 2016.

    “Pada tahun 2017, bekalan elektrik untuk 10 buah kampong lagi akan dirancang di bawah projek SARES manakala 23 buah kampung pada tahun 2018 dan 9 lagi pada tahun 2019,” ujarnya.

    Sementar itu, untuk makluman Chiew Chiu Sing (DAP-Tanjong Batu), Rundi berkata bekalan elektrik luar bandar ke Rumah Lebong Luan di Semanok sedang dalam perlaksanaan di bawah kontrak BELB 2016 yang akan mendatangkan manfaat kepada 61 isirumah dan dijangka siap suku kedua 2018.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Bekalan Elektrik pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-18 hari ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Elektrik 24 Jam Kepada Seluruh Rakyat Sarawak Terus Diberi Perhatian "