• #DUNSarawak: Daro Perlukan Lebih Banyak Bank

    Published: Monday, 15 May 2017
    A- A+

    Dengan terbitnya bandar baru oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) dan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit telah merancakkan lagi pembangunan ekonomi di daerah Daro.

    Keadaan ini telah menyebabkan populasi di daerah Daro semakin meningkat dan penggunaan urusan terhadap mesin ATM terhad.

    Safiee Ahmad (BN-Daro) berkata, pada masa ini di pekan Daro hanya ada Bank Agro dan sebuah mesin ATM Bank Rakyat.

    “Apa yang sering menjadi masalah lebih-lebih lagi pada waktu hujung bulan adalah didapati perkhidmatan bank ini tidak dapat menampung rakyat yang ingin berurusan dengan bank.

    “Saya sering menerima rungutan dan aduan daripada rakyat bahawa mereka terpaksa berbelanja lebih untuk ke bandar-bandar yang berdekatan bagi berurusan dengan bank,” katanya

    Sehubungan itu, beliau memohon supaya beberapa buah bank komersial yang lain dapat membuka cawanganya di Pekan Daro.

    Beliau berkata sedemikian semasa menyampaikan membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Daro Perlukan Lebih Banyak Bank "