• #DUNSarawak: Belum Ada Rancangan Wujud Pusat Inkubator Keusahawanan

    Published: Wednesday, 17 May 2017
    A- A+

    KUCHING: Belum ada perancangan untuk mewujudkan Pusat Inkubator Keusahawanan dalam kawasan DUN Lambir.

    Menteri Muda Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Mohd Naroden Majais bagaimanapun berkata, pada masa ini kementerian dalam proses untuk mewujudkan “Miri Incubator Centre for Entrepreneur (MICE)” bertempat di Marina Bay Centrepoint, Miri.

    “Kementerian akan mengkaji keperluan untuk mengadakan Anjung Usahawan di DUN Lambir bagi membantu usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

    “SEDC juga telah menyediakan kemudahan incubator di Jalan Pujut, Miri,” katanya.

    Beliau berkata sedemikian sebagai menjawab pertanyaan daripada Ripin Lamat (BN-Lambir) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-18 hari ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Belum Ada Rancangan Wujud Pusat Inkubator Keusahawanan "